Wednesday, December 31, 2008

Sejenak.

Salam.

Dalam kemeriahan menyambut tahun baru,
juga dalam kegembiraan bersama rakan-rakan,
juga dalam keasyikan membeli belah kerana winter sale,
satu rasa hadir,
selfish kah saya?, kerana nun di Palestin sana,
ada saudara-saudara saya yang tidak dapat merasai
meriahnya tahun baru, juga gembiranya satu kehidupan.

Maaf, hanya doa yang dapat saya bantu.
Maaf.Maaf.Maaf.

***

Dalam sibuk dunia periksa, seorang rakan mengatakan, tidak berapa berusaha, malu mahu berdoa pada Tuhan untuk berjaya, diiringi dengan keluhan.

Ah, sahabat, ketahuilah, jangan lokek untuk berdoa pada Tuhan, sebab Dia bukan seperti kita-kita, manusia biasa ini. Dia adalah Tuhan. Dan kalau bukan padanya kita meminta, siapa lagi?

Tak mengapalah, kalau tidak berapa berusaha, kerana kesilapan kita, tapi pergantungan pada Dia tetap kena ada. Tetap kena minta. Sebab Tuhan paling suka pada orang yang berdoa. Bila seseorang itu berdoa, baru ada rasa kehambaan, baru ada rasa kekurangan, dan barulah ada rasa Dia Maha Terhebat.

Kerana kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa pun di sini.

3 comments:

Anonymous said...

nenek hanan selalu pesan, kalau kita tak minta dengan Tuhan, maksudnya kita sombong dengan Dia.

good luck amie! :) <3

fanramli said...

salam maal hijrah! terlambat sedikit. (baru pulang dari winter camp). huhu.

tertampar pula dengan kisah kedua. pernah terfikir begitu.

Allah, ampunkanku atas kesombongan itu.

danish said...

Semuanya Kerna Allah..

Nice blog.. :)