Tuesday, October 27, 2009

Stand by me.

Salam.

***

Sahabat : Bila Amie nak ada teman lelaki?

Saya: Kenapa? Okay apa kawan-kawan je.

Sahabat : Sampai bila Amie cuma nak berkawan?

Saya: Maksudnya?

Sahabat : Ya lah. Kenapa cuma berkawan. Kenapa tak lebih dari kawan. Sampai bila cuma ada title kawan?

Saya : Oh. Lahh..tak kan Amie kot kena cakap suka walaupun suka. Selagi lelaki tu tak cakap suka tak kan Amie nak cakap.

Sahabat : Cakap je lah. Kalau orang putih, diorang suka, diorang akan kissing. Tapi kita mana boleh. Jadi cakap lah yang lebih baik.

Saya : Haha. Amie bukan macam tu kot. Lagipun senang macam ni. Kawan-kawan.

Sahabat : Sampai bila? Sekarang Amie masih ramai kawan-kawan single, bolehlah rasa selesa. Tapi masa hadapan nanti. Saat semua orang mula hidup baru, semua akan tinggalkan Amie.

(Sejenak terkenang Amnah.Dan Che Pah, oh dan Odah. Cheh, semua orang cam kawin awal and tinggalkan saya je.Haha.)

Dan saya faham hasrat murni si sahabat, yang tidak mahu lihat saya keseorangan.

Dan perbualan itu juga membuatkan saya terfikir, nanti, di saat semua orang pergi tinggalkan saya, adakah sesiapa yang akan stay di sisi teman sampai mati?, stay sampai akhir nanti?, dan stay walau seteruk mana perjalanan hidup seterusnya akan dilalui? Ada tak?

Dan saya tiada jawapan itu.

***

(Yang ini saya saja bubuh nama, biar semua orang tahu, siapa sebenarnya yang ajar saya tentang cinta.Haha)

Shameera : Amie tau tak apa makna cinta?

Saya: Tak.

Shameera : Cinta itu adalah bila kita mula berhenti mencari.

Saya: Taklahhh ..(Ayat panjang lebar meng'argue')

3 tahun kemudian, saya mengaku kalah.
Bila sudah kata suka, memang sukar mahu mencari yang lain semula.

***

Kenapa entry cinta?

Kerana tahniah pada sahabat, Syarifah Aisyah Syed Abdul Halim yang akan melangsungkan perkahwinannya bulan 12 nanti. =)
Kita rindu Aisyah. Jadi isteri solehah tau.
Terkenang-kenang zaman remaja dulu-dulu.

*Sigh*

10 comments:

bio_addict said...

soalan tu mmg susah nak jawab amie..huhu~
wish u all the best!

Ct AdAh said...

salam..

amie, really miss u dear..huhu~ aih, nape la nama kte tergolong dlm golongan yg akan berkawin awl tu..mcm kurang sesuai je sebaris dgn nama mereka2 yg lain..hehe~ xpe amie, slmt mencari..dan smga pencarian amie berakhir dgn cinta kpd seseorang yg membawa amie kpd cintaNya yg lebih agung dan hakiki..kte doakan amie..insya-Allah..

genkidene said...

salam amie dearie~
insyaAllah amie akn jumpa dgn lelaki yg soleh dan baik!

tahniah buat che pah juga! ^_^
juga buat Odah dan Amnah..hihihi

kura kura said...

whoah. shameera cakap macam tu?
amboi korang.

afiqawe said...

Baca slow2 je tadi.

Ingatkan tuan blog yg nak kawhin...

Tapi...
ada bau2 nasi minyak juga ni. dari mana ye?

nabzie selaku sahabat korg! said...

dearest amie yg belikan biskut goute utk aku td...takpe amie, kte doakan ang dan shameera dpt jodoh yg sesuwi dgn pantas skali..hehehehe..sungguh tk ku sangka shameera sgt pandai berkata2 ttg cinta..wakaka..puas die jerit kat aku td sbb gelakkan die..ngehngehngeh!

fanramli said...

salam kak amie!

wahhhhhhhhhhh da tukar layout. comel jerr.


^^

AmiE said...

korang-korang.
Amie dh berhenti mencari lah. Amie menunggu. cewah. hahah.

Thanx for the doas anyway ;))

fan.

cute kan. mesti fan tau dr mn.huhu
btw. semoga akan menulis lg. ms bc entry fan tu ade rs cam k'keseorangan' pulak.huhu

jamz said...

kawen jemput ya amie

Mila said...

ko dh ader orang yang ko suker?