Wednesday, January 21, 2009

Perfecto.

Salam.

Saya suka sesuatu yang sempurna.
Dan saya juga seorang yang akan memastikan sesuatu itu sempurna.
Sempurna serba-serbi.
Benar-benar sempurna.
Mesti sempurna.

Kesempurnaan, siapa yang tidak mahu?

Dan bila wujud cacat cela,
lebih-kurang yang saya tidak mahu,
yang datangnya di luar kemampuan saya,
rasa negatif akan hadir.

Dan lewat hari itu, saya sedar,
kalau Dia mahu beri yang sempurna, Dia boleh beri.
Tapi yang sempurna itu bukan untuk saya.
untuk mengetuk balik hati,
saya memang tidak akan sempurna.

Kalau semua sempurna, mesti saya akan lupa.
Terima kasih.

"Dan pemberianNya itu sama ada menggembirakan atau menyusahkan hati, namun wajib disyukuri"

4 comments:

Hazwan Mohd Nor said...

hargailah segala yang kita ada seadanya

Anonymous said...

salam ziarah akak^^

danish said...

Sempurna itu tidak pernah ada...

fanramli said...

Tuhan itu memang bijak kan? sengaja dicipta ruang kosong yang tidak sempurna

supaya kita manusia akan lebih menghargai.

dan yup, kita akan lupa sekiranya sudah tidak ada apa² lagi yg boleh dibaiki.