Tuesday, October 28, 2008

Liubov.

Salam.

Suatu hari di stesyen LRT sedang membeli tiket,
Salam Akak.Saya dari rumah anak yatim *sekian*sekian*. Belilah kalender ini sambil menderma.
Mak saya pernah pesan, jangan dilayan sangat kalau orang minta derma cara begini sebabnya mungkin dari kegiatan orang yang mempergunakan budak-budak.
Dan saya tanpa melihat ke arah budak itu, memasukkan wang ke dalam dompet, sedaya upaya mungkin cuba membuat tidak tahu.
Akak tidak mahu menderma?
Dan secara refleks saya menoleh ke arahnya.
SubhanALLAH.Mukanya saling tak tumpah muka adik saya, juga tingginya,juga rambutnya dan matanya yang menatap saya...Saya terdiam di situ.Dan tak semena-mena hati saya sebak.
Akak nak beli tak?

***

Mak pernah kata, jangan cakap kasihan dekat orang. Kalaupun rasa kasihan dekat orang, ucaplah SubhanALLAH. Sebab ALLAH itu lebih Maha Mengasihani. Kalau kita sibuk kata kasihan, seolah-olah apa yang ALLAH timpakan itu, sangat buruk dan teruk, sedangkan Tuhan kita tidak pernah mahu menyeksa hamba Nya. Malah, yang baik dan buruk dari Nya semua ada hikmah disebaliknya dan siapalah kita yang mampu mencari di sebalik yang tersirat?

Walau macam mana kita lupakan Tuhan sekalipun, nikmat yang diberi tidak akan terhenti. Layakkah mahu berkata kasihan?

***

Berborak-borak bersama seorang sahabat, dia bercerita tentang cinta dari sudut penilaiannya. Kata dia, cinta itu bukan untuk orang yang sempurna. Bukan untuk orang yang ada segala-galanya, ada ibu bapa, ada penglihatan dan keupayaan, juga cukup semua anggota. Kalau itu adalah cinta, tidak bermaknalah erti cinta itu sendiri. Sekadar rasa sayang dan suka pada sesuatu yang sempurna.

Cinta itu, adalah hak milik orang yang kurang upaya, orang yang memang tidak akan pernah memiliki cinta sepenuhnya, orang yang tidak tahu juga tidak merasa erti hidup sempurna, mereka inilah yang layak dicinta.Cinta yang sebenar-benar cinta.

Dan si sahabat memandang saya, tidak begitu?

Saya tidak tahu.Yang saya tahu cinta itu milikNya. Kalaupun mereka-mereka di dunia, kurang mendapat cinta makhlukNya, siapa tahu sedang cinta Tuhan pada dia lebih besar berbanding kita?

***

5 comments:

warx.hensem said...

Subhanallah..

huu..

Ct AdAh said...

Salam..

nice entry amie! rasa terkesan bila baca amie tulis kte kna ucapkan subhanAllah dan bukannya kesian pd org2 yg didtgkan ujian oleh Allah sbg contoh..menarik2..n one more thing, suka baca pndangan amie ttg cinta..ada bakat jd doktor cinta ni, amacam? haha~

p/s: best la lgu letto kt blog amie ni..layan je la..=D

fanramli said...

salam.

Walau macam mana kita lupakan Tuhan sekalipun, nikmat yang diberi tidak akan terhenti.

=). semoga saya menjadi orang² yang lebih bersyukur.

amin.

hidayah said...

amie, aku hidayah mohamed igt X? meh la link ngan blog aku yg baru buat ni http://wardahumaira.blogspot.com/

fanramli said...

salam.

wah~ ade autumn retreat la. sini, baru ada winter retreat aja.

tak mo dtg cni ka?
hehe.

semoga hati ini sentiasa disentuh dan diikat oleh cinta-Nya!
=).