Thursday, August 26, 2010

Life as it is.

Salam.

Hidup, memang berubah sangat deras. Dan kadang-kadang sedar saja, kita perlu membuat keputusan memilih jalan-jalan persimpangan yang banyak bersimpang- siur. Manakah hujungnya?

Kalaulah ada signboard..

Kerana perubahan yang deras ini, saya lemas sendiri dalam keputusan diri. Terlalu deras hingga saya tak sempat mengadaptasi diri dalam suasana baru. Saya perlukan masa Tuhan. Tapi Tuhan tahu saya mampu. =)

Dalam cerita lemas dan deras, kebetulan bulan yang mulia, datang berkunjung. Lewat malam itu, saya pulang, kembali duduk di atas tikar lusuh bersama sekeping hati, dan saya tinggalkan semua di belakang. Semua.

Saya sudah pulang. Saya.dan.sekeping hati.

Dan saya tahu, saat ini, walau banyak mana pun jalan yang bersimpang siur, walau manapun jalan yang saya pilih, walau sebaik atau seburuk mana pun penghujungnya, dengan adanya Kamu, tiada apa yang perlu saya takuti. Tiada apa yang saya tak boleh hadapi.

Dan malam itu juga, saya bangun dan melangkah.



0 comments: