Wednesday, September 10, 2008

- -

Salam.

Membuat kesalahan itu indah,
kerana dengan kesalahan itu,
kita tahu satu kebenaran.
Seandainya kita memberi sedikit ruang untuk melihat
bahawa itu satu kesalahan.

Bila kecil-kecil dahulu di tegur emak, tak boleh buat itu, tak boleh buat ini, kita akur.
Dan bila dimarahi, kemarahan itu jadi kesan ingatan, bahawa yang kita buat itu salah,
lain kali tidak boleh diulangi.

Dan bila sudah mengenal dunia dan isinya, sukarnya mempunyai perasaan 'Ya, saya bersalah', atau 'lebih baik lagi 'Dia menegur untuk kebaikan saya'.

Egokah?
atau kotorkah sekeping daging itu?

Maaf teman, berikan saya sedikit waktu untuk menerima kekurangan diri sendiri.

3 comments:

hadoken said...

aku rasa sebab ego kut.

mmg betul kita dgr cakap ibu, tapi susah nak terima teguran drpd rakan sebaya(tidak kira kawan atau bukan).

sebab faktor usia kut. dan juga persepsi kita terhadap si penegur tu.

maksud yang mendalam...

Anonymous said...

raimi - mungkin ego..owh juga persepsi pd si rakan..tapi kalau ko kate faktor usia tu..aku tbe2 terasa tua.haha..

inda said...

slalunye orank yg sukar ditegur adelah orank yg banyak buat sendiri utk smpai ke tempat die ade skan tanpe bantuan orank len..jadik bl dtegor akan snsitip skit..ala2 "pehal plak nak tegor2.." dlam ati..

mcm tu kot..sebap tu manusia makin tue makin susa ditegor dn dibentuk..